Meneladani Rasulullah Saw
aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang pernah meletakkan batu pada keliling perutnya untuk menahan lapar.
Bila aku merasa pakaianku cuma sedikit
aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang hanya punya dua helai baju seumur hidupnya.
Bila aku merasa tidak nyaman dengan tempat pembaringanku
aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang tidur hanya beralas pelepah kurma dan kain kasar dalam hidupnya.
Apabila aku menjadi begitu pelit untuk memberi dan berbagi dengan orang
lain ..
aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang pernah memberi segala-galanya sehingga dia hampir tiada apa-apa
untuk dirinya.
Bila aku fikir betapa miskinnya hidupku, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang begitu cinta pada orang miskin dan ingin bersama si miskin di
syurga, ia menaikkan semangatku.
Bilaa aku terasa ada yang menyakiti aku, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang sentiasa memaafkan siapa saja yang berbuat jahat padanya.
Bila aku terrfikir mungkin ada yang membenci aku, aku teringat pada
baginda
Muhammad ﷺ
yang sentiasa berdoa untuk orang-orang yang telah menghinanya.
Bila aku teringinkan ganjaran dalam perbuatanku, aku teringat pada
baginda
Muhammad ﷺ
yang mengingatkan aku bahawa ganjaran yang hebat hanya dari Allah SWT.
Bila tiada siapa menyayangi aku, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang mencintaiku semenjak beribu tahun dulu.
Apabila aku berfikir betapa sengsaranya hidup aku
aku teringat pada Baginda
Muhammad ﷺ
yang menempuh segala kepayahan hidup demi nikmat Iman dan Islam pada
ummatnya yang dicintai & dan itu bagai cas positif yang menguatkan aku !
Assalamualaika ya Rasulullah
Assalamualaika ya habiballah
ﷺ
Shalawat dan salam atas baginda junjungan besar, teladan terbaik
sepanjang zaman, shohibul azman. Terima Kasih Ya Rasulullah untuk nikmat iman, islam, dan ihsan. Syafaatkan daku di akhirat nanti.
Kerinduan padamu tak kan pernah padam selamanya padamu Ya Habiballah....
Selamat datang bulan kelahiran Nabi Muhammad S.a.w
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا
مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل
سيدنا مُحَمَّد
Share dan Sebarkan.. Semarak Maulid ar-Rasul..

Komentar
Posting Komentar